Susun Atur Perlembagaan Malaysia

 Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.

  • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
    • Perkara 1 - Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan.
    • Perkara 2 - Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.
    • Perkara 3 - Agama Persekutuan.
    • Perkara 4 - Undang-undang utama Persekutuan.
  • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
    • Perkara 5 - Kebebasan diri.
    • Perkara 6 - Keabdian dan kerja paksa dilarang.
    • Perkara 7 - Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang.
    • Perkara 8 - Kesamarataan.
    • Perkara 9 - Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
    • Perkara 10 - Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
    • Perkara 11 - Kebebasan beragama.
    • Perkara 12 - Hak berkenaan dengan pendidikan.
    • Perkara 13 - Hak terhadap harta.
  • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
    • Bab 1 - Pemerolehan Kewarganegaraan
      • Perkara 14 - Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
      • Perkara 15 - Kewarganegaraan melalui pendaftaran (isteri dan anak warganegara)
      • Perkara 15A - Kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak.
      • Perkara 16 - Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka).
      • Perkara 16A - Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Negeri Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia.
      • Perkara 17 - (Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Persekutuan pada Hari Merdeka) - Dimansuhkan).
      • Perkara 18 - Peruntukan am tentang pendaftaran.
      • Perkara 19 - Kewarganegaraan melalui penaturalisasian.
      • Perkara 19A - (Pemindahan kewarganegaraan ke Singapura atau dari Singapura - Dimansuhkan).
      • Perkara 20 - (Naturalisasi bagi anggota-anggota angkatan Persekutuan - Dimansuhkan).
      • Perkara 21 - (Peruntukan am tentang naturalisasi - Dimansuhkan).
      • Perkara 22 - Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah.
    • Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan
      • Perkara 23. Pelepasan kewarganegaraan.
      • Perkara 24. Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.
      • Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.
      • Perkara 26. Peruntukan lain bagi melucutkan kewarganegaraan melalui pendaftaran atau penaturalisasian.
      • Perkara 26A. Pelucutan kewarganegaraan anak orang yang hilang kewarganegaraannya.
      • Perkara 26B. Peruntukan am tentang kehilangan kewarganegaraan.
      • Perkara 27. Tatacara bagi pelucutan.
      • Perkara 28. Pemakaian Bab 2 bagi warganegara tertentu melalui kuat kuasa undang-undang.
      • Perkara 28A. Pelucutan kewarganegaraan orang yang menjadi warganegara pada Hari Malaysia.
      • Perkara 29. Kewarganegaraan Komanwel.
      • Perkara 30. Perakuan Kewarganegaraan.
      • Perkara 30A. (Hak mengundi, dsb., bagi warganegara Singapura dan warganegara lain--Dimansuhkan).
      • Perkara 30B. (Perhubungan tentang kewarganegaraan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura--Dimansuhkan).
      • Perkara 31. Pemakaian Jadual Kedua.
  • Bahagian 4 - Persekutuan
    • Bab 1 - Ketua Utama Negara
      • Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya.
      • Perkara 33. Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan.
      • Perkara 33A. Yang di-Pertuan Agong hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong jika dipertuduh atas suatu kesalahan.
      • Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.
      • Perkara 35. Peruntukan Diraja bagi Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya dan saraan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
      • Perkara 36. Mohor Besar.
      • Perkara 37. Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong.
    • Bab 2 - Majlis Raja-raja
      • Perkara 38. Majlis Raja-raja
    • Bab 3 - Badan Eksekutif
      • Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.
      • Perkara 40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
      • Perkara 41. Pemerintah tertinggi angkatan tentera.
      • Perkara 42. Kuasa pengampunan, dsb.
      • Perkara 43. Jemaah Menteri.
      • Perkara 43A. Timbalan-Timbalan Menteri.
      • Perkara 43B. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
      • Perkara 43C. Setiausaha-Setiausaha Politik.
    • Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan
      • Perkara 44. Keanggotaan Parlimen.
      • Perkara 45. Keanggotaan Dewan Negara.
      • Perkara 46. Keanggotaan Dewan Rakyat.
      • Perkara 47. Kelayakan menjadi ahli Parlimen.
      • Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.
      • Perkara 49. Peruntukan melarang dua keahlian.
      • Perkara 50. Akibat kehilangan kelayakan, dan larangan mengenai penamaan atau pelantikan tanpa persetujuan.
      • Perkara 51. Pelepasan keahlian oleh ahli-ahli.
      • Perkara 52. Ketidakhadiran ahli.
      • Perkara 53. Keputusan tentang kehilangan kelayakan.
      • Perkara 54. Kekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangka.
      • Perkara 55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.
      • Perkara 56. Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.
      • Perkara 57. Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
      • Perkara 58. Saraan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua.
      • Perkara 59. Sumpah oleh ahli-ahli.
      • Perkara 60. Titah oleh Yang di-Pertuan Agong.
      • Perkara 61. Peruntukan khas tentang Jemaah Menteri dan Peguam Negara.
      • Perkara 62. Tatacara Parlimen.
      • Perkara 63. Keistimewaan Parlimen.
      • Perkara 64. Saraan ahli.
      • Perkara 65. Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
    • Bab 5 - Tatacara Perundangan
      • Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.
      • Perkara 67. Sekatan terhadap pembawaan Rang Undang-Undang dan pencadangan pindaan-pindaan yang melibatkan pencukaian, perbelanjaan, dsb.
      • Perkara 68. Perkenan terhadap Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sahaja.
    • Bab 6 - Keupayaan Perseketuan berkenaan harta, kontrak dan guaman
      • Perkara 69. Keupayaan Persekutuan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman.
  • Bahagian 5 - Negeri-negeri
    • Perkara 70. Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri.
    • Perkara 71. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.
    • Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.
  • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
    • Bab 1 -- Pembahagian kuasa perundangan
      • Perkara 73. Takat undng-undang persekutuan dan Negeri.
      • Perkara 74. Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri.
      • Perkara 75. Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.
      • Perkara 76. Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu.
      • Perkara 76A. Kuasa Parlimen untuk memperluas kuasa perundangan Negeri.
      • Perkara 77. Kuasa baki perundangan.
      • Perkara 78. Perundangan yang menyekat penggunaan sungai.
      • Perkara 79. Penjalanan kuasa perundangan bersama.
    • Bab 2 -- Pembahagian kuasa eksekutif
      • Perkara 80. Pembahagian kuasa eksekutif.
      • Perkara 81. Obligasi Negeri kepada Persekutuan.
    • Bab 3 -- Pembahagian beban kewangan
      • Perkara 82. Pembiayaan perbelanjaan yang berhubungan dengan perkara dalam Senarai Bersama.
    • Bab 4 -- Tanah
      • Perkara 83. Pengambilan tanah bagi maksud persekutuan.
      • Perkara 84. (Pengambilan kepada Negeri tanah yang dipegang bagi maksud persekutuan).
      • Perkara 85. Pemberian kepada Persekutuan tanah yang dirizabkan bagi maksud persekutuan.
      • Perkara 86. Pelupusan tanah yang terletak hak pada Persekutuan.
      • Perkara 87. Pemutusan pertikaian tentang nilai tanah.
      • Perkara 88. Pemakaian Perkara 83 hingga 87 bagi Negeri yang tidak mempunyai Raja.
      • Perkara 89. Tanah simpanan Melayu.
      • Perkara 90. Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu.
      • Perkara 91. Majlis Tanah Negara.
    • Bab 5 -- Pembangunan negara
      • Perkara 92. Rancangan pembangunan negara.
    • Bab 6 -- Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan Negeri
      • Perkara 93. Siasatan, tinjauan dan perangkaan.
      • Perkara 94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat Negeri.
      • Perkara 95. Pemeriksaan aktiviti Negeri.
    • Bab 7 -- Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
      • Perkara 95A. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.
    • Bab 8 -- Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak
      • Perkara 95B. Ubah suaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan.
      • Perkara 95C. Kuasa untuk memperluas kuasa perundangan atau eksekutif Negeri melalui perintah.
      • Perkara 95D. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada kuasa Parlimen untuk meluluskan undang-undang seragam mengenai tanah atau kerajaan tempatan.
      • Perkara 95E. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada rancangan negara bagi penggunaan tanah, kerajaan tempatan, pembangunan, dsb.
  • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
    • Bab 1 -- Am
      • Perkara 96. Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang.
      • Perkara 97. Kumpulan Wang Disatukan.
      • Perkara 98. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
      • Perkara 99. Penyata kewangan tahunan.
      • Perkara 100. Rang Undang-Undang Perbekalan.
      • Perkara 101. Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih.
      • Perkara 102. Kuasa membenarkan perbelanjaan masuk akaun atau bagi maksud yang tidak dinyatakan.
      • Perkara 103. Kumpulan Wang Luar Jangka.
      • Perkara 104. Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan.
      • Perkara 105. Ketua Audit Negara.
      • Perkara 106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara.
      • Perkara 107. Laporan Ketua Audit Negara.
      • Perkara 108. Majlis Kewangan Negara.
      • Perkara 109. Pemberian kepada Negeri.
      • Perkara 110. Penyerahhakan cukai dan fi kepada Negeri.
      • Perkara 111. Sekatan untuk meminjam.
      • Perkara 112. Sekatan ke atas perubahan dalam perjawatan Negeri.
    • Bab 2 -- Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak.
        • Perkara 112A. Pengauditan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.
        • Perkara 112B. Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak.
        • Perkara 112C. Pemberian khas dan penyerahhakan hasil kepada Negeri Sabah dan Sarawak.
        • Perkara 112D. Kajian semula pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak.
        • Perkara 112E. (Perkiraan kewangan dengan Singapura--Dimansuhkan).
  • Bahagian 8 - Pilihanraya
      • Perkara 113. Penjalanan pilihan raya.
      • Perkara 114. Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya.
      • Perkara 115. Bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
      • Perkara 116. Bahagian pilihan raya persekutuan.
      • Perkara 117. Bahagian pilihan raya Negeri.
      • Perkara 118. Cara mencabar pemilihan.
      • Perkara 118A. Cara mempersoalkan petisyen pilihan raya mengenai tidak adanya pemilihan.
      • Perkara 119. Kelayakan pemilih.
      • Perkara 120. Pemilihan terus ke Dewan Negara.
  • Bahagian 9 - Kehakiman
      • Perkara 121. Kuasa kehakiman Persekutuan.
      • Perkara 122. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan.
      • Perkara 122A. Keanggotaan Mahkamah Rayuan.
      • Perkara 122AA. Keanggotaan Mahkamah Tinggi.
      • Perkara 122AB. Pelantikan pesuruhjaya kehakiman.
      • Perkara 122B. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
      • Perkara 122C. Pertukaran hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain.
      • Perkara 123. Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
      • Perkara 124. Sumpah jawatan hakim-hakim.
      • Perkara 125. Tempoh jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan.
      • Perkara 125A. Penjalanan kuasa oleh hakim-hakim.
      • Perkara 126. Kuasa menghukum kerana penghinaan.
      • Perkara 127. Sekatan mengenai perbincangan di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim.
      • Perkara 128. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
      • Perkara 129. (Bidang kuasa khas Mahkamah Agung tentang tafsiran Perlembagaan--Dimansuhkan).
      • Perkara 130. Bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan.
      • Perkara 131. (Rayuan daripada Mahkamah Persekutuan--Dimansuhkan).
      • Perkara 131A. Peruntukan berkenaan dengan ketidakupayaan, dsb. Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar.
  • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
      • Perkara 132. Perkhidmatan-perkhidmatan awam.
      • Perkara 133. Perkhidmatan bersama, dsb.
      • Perkara 134. Peminjaman pegawai.
      • Perkara 135. Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat.
      • Perkara 136. Layanan saksama bagi pekerja Persekutuan.
      • Perkara 137. Majlis Angkatan Tentera.
      • Perkara 138. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
      • Perkara 139. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
      • Perkara 140. Suruhanjaya Pasukan Polis.
      • Perkara 141. (Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api--Dimansuhkan).
      • Perkara 141A. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
      • Perkara 142. Peruntukan am yang berhubungan dengan Suruhanjaya.
      • Perkara 143. Syarat-syarat perkhidmatan anggota Suruhanjaya.
      • Perkara 144. Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan.
      • Perkara 145. Peguam Negara.
      • Perkara 146. Laporan Suruhanjaya.
      • Perkara 146A. (Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di Negeri-Negeri Borneo--Dimansuhkan).
      • Perkara 146B. (Cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setiap Negeri Sabah atau Sarawak--Dimansuhkan).
      • Perkara 146C. (Peruntukan tambahan tentang cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam--Dimansuhkan).
      • Perkara 146D. Bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke atas anggota yang dipinjamkan daripada perkhidmatan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.
      • Perkara 147. Perlindungan hak pencen.
      • Perkara 148. Tafsiran Bahagian X.
  • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
      • Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
      • Perkara 150. Proklamasi darurat.
      • Perkara 151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan.
  • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
    • Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
    • Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
    • Perkara 154. Ibu kota persekutuan.
    • Perkara 155. Persalingan Komanwel.
    • Perkara 156. Sumbangan bagi membantu kadar-kadar berkenaan dengan harta persekutuan dan Negeri.
    • Perkara 157. Pewakilan fungsi Negeri kepada suatu Negeri lain.
    • Perkara 158. (Perkiraan dengan Brunei -- Dimansuhkan).
    • Perkara 159. Pindaan Perlembagaan.
    • Perkara 159A. Perjalanan kuat kuasa peruntukan peralihan dalam Akta Malaysia.
    • Perkara 160. Tafsiran.
    • Perkara 160A. Cetakan semula Perlembagaan.
    • Perkara 160B. Teks sahih.
  • Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
    • Perkara 161. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda di Negeri Sabah dan Sarawak.
    • Perkara 161A. Kedudukan istimewa anak negeri Negeri Sabah dan Sarawak.
    • Perkara 161B. Sekatan ke atas peluasan kepada bukan pemastautinan akan hak untuk menjalankan amalan di hadapan mahkamah di dalam Negeri Sabah dan Sarawak.
    • Perkara 161C. (Pendidikan agama Islam di Negeri-Negeri Borneo -- Dimansuhkan).
    • Perkara 161D. (Kebebasan beragama -- Dimansuhkan).
    • Perkara 161E. Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai Negeri Sabah dan Sarawak.
    • Perkara 161F. (Penggunaan bahasa tidak rasmi di Dewan Undangan Negeri Singapura -- Dimansuhkan).
    • Perkara 161G. (Kedudukan istimewa orang Melayu di Singapura ).
    • Perkara 161H. (Pemeliharaan kedudukan Singapura dari segi perlembagaan -- Dimansuhkan).
  • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
    • Perkara 162. Undang-undang yang sedia ada.
    • Perkara 163. (Penerusan buat sementara Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948 -- Dimansuhkan).
    • Perkara 164. (Fungsi sementara Majlis Perundangan -- Dimansuhkan).
    • Perkara 165. (Peruntukan sementara kewangan -- Dimansuhkan).
    • Perkara 166. Pewarisan harta.
    • Perkara 167. Hak, liabiliti dan obligasi.
    • Perkara 168. (Prosiding undang-undang -- Dimansuhkan).
    • Perkara 169. Perjanjian, dsb., antarabangsa yang dibuat sebelum Hari Merdeka.
    • Perkara 170. (Peruntukan sementara bagi orang yang layak mendaftar sebagai warganegara di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Fasal 126--Dimansuhkan).
    • Perkara 171. (Bahagian pilihan raya bagi pilihan raya pertama ).
    • Perkara 172. (Mahkamah yang sedia ada -- Dimansuhkan).
    • Perkara 173. (Sementara menanti rayuan ke Majlis Privy -- Dimansuhkan).
    • Perkara 174. (Jawatan kehakiman dan Peguam Negara -- Dimansuhkan).
    • Perkara 175. Pengarah Audit hendaklah menjadi Ketua Audit Negara yang pertama.
    • Perkara 176. Pertukaran pegawai.
    • Perkara 177. Mengetepikan atau menangguhkan sumpah jawatan jika pelantikan diteruskan di bawah Bahagian ini.
    • Perkara 178. Saraan selepas Hari Merdeka.
    • Perkara 179. Sumbangan berkenaan dengan perkhidmatan bersama.
    • Perkara 180. Pemeliharaan pencen, dsb.
  • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
    • Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.
  • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja
    • Perkara 182. Mahkamah Khas.
    • Perkara 183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Jadual[sunting | sunting sumber]

  • Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian
  • Jadual Kedua [Perkara 39]
    • Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia
    • Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia
    • Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan Kewarganegaraan
  • Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja
  • Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk Sumpah dan Ikrar
  • Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara
  • Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
    • Bahagian I - Peruntukan Tetap
    • Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan dalam Bahagian I
  • Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)
  • Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri
    • Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala
    • Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri
    • Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri
    • Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
    • Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan Sarawak
  • Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 ( No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.
  • Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)
  • Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya
  • Catatan - Teks asal Perkara 1 hingga 15 sebelum pengubahsuaian.

No comments:

Post a Comment